>

Friday, September 21, 2012

lendir siput babi cantikkan muka??



krim muka siput babi? ye! produk kecantikan hasil dari lendiran siput babi ini sedang femes sefemes femesnya. lendir siput babi memang sejak lama dipercaya mengandung nutrisi tertentu yang boleh mengatasi efek penuaan. nutrisi tersebut boleh melembabkan kulit serta menegangkannya sehingga dapat menyembunyikan kedutan kedutan di permukaan wajah.

kandungan penting yang terdapat dalam lendir siput babi yang baik untuk menghilangkan kedutan  antara lain ialah  glycosaminoglycan (GAG) yang mengandungi copper peptide di dalamnya. secara teori, kedua bahan  ini memang sama-sama bermanfaat untuk menjaga kesihatan dan kelembaban kulit.

GAG merupakan sejenis karbohidrat yang memain peranan penting dalam menjaga jaringan penghubung antara  sel sehingga kulit selalu tampak lebih tegang. GAG juga termasuk komponen penyusun hyalorunat, iaitu  bahan  yang menjaga kelembaban kulit.

sementara copper peptide pula merupakan bahan yang merangsang pembentukan kolagen di kulit. berbagai kajian membuktikan, copper peptide memain peranan penting dalam proses penyembuhan luka yang merangsang pembentukan sel-sel baru untuk menggantikan sel yang rosak.





4 comments:

  1. biar betul? agaknya siput-siput lain boleh juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello! emm, tu tak pasti. sebab info kata, siput babi yang digunakan semua siput yang dipelihara. abis gatal lah muka kalau main ambik kat tepi jalan. hewhew. :P

      Delete

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta