>

Sunday, September 16, 2012

cinta hak hak tuih

TWITTERJAYA - kecoh seketika apabila TL atau TIMELINE di penuhi dengan nama nama kanak kanak riang yang memaparkan ceritera cinta bersegi segi ala sinetron mereka dan mengundang benci ramai orang. 

kanak kanak berkenaan yang baru saja menjangkau usia 14 tahun, yakni masih bersekolah di tingkatan dua, bermadah helah meluahkan rasa tidak puas hati berserta segala macam rintihan berkenaan dengan kekasih hatinya yang telah pergi meninggalkan dirinya. dipercayai punca pergaduhan hanyalah berpunca daripada perkara kecik yang mana si gadis tidak menyangka bahawa dirinya akan diperkotak katikkan sedemikian rupa. 


bukan niat untuk menjadi kepochi tetapi pekung didada telah dibuka sendiri oleh si gadis kerana beliau sendiri telah mempromote kisah cintanya di blog dan sekali gus mengajak para twitterian untuk membacanya. beliau dengan bangganya mengeshare link blog beliau dan rata rata orang membaca dengan jayanya kerana twitter dan blognya tidak bermangga. if you know what i mean.


tidak dapat penulis nafikan bahawa si gadis memang comel loteh. tetapi berbekalkan IQ yang diletak di tumit, okay bye.


nasihat ikhlas dari penulis ;



perjalanan masih jauh. jangan jadi bangang.

No comments:

Post a Comment

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta