>

Saturday, September 15, 2012

SIAPA TU?


hai semua. dah lama tak update cerita seram kan? malam ni aku nak kongsi cerita pasal experience mak cik aku. kisah ni jadi dah lama. maybe penghujung tahun 80an, atau awal 90an, aku tak ingat. ini pun di ceritakan balik oleh mak aku hari tu.

nak di jadikan cerita, ada satu petang tu, mak cik aku tinggal sorang sorang kat rumah. aku tak pasti mana semua orang pegi time tu. so sementara tak ada orang kat rumah, mak cik aku pun masuk lah dalam bilik dia nak lipat kain baju. pintu di biarkan terbukak. tengah mak cik aku sebok melipat kain baju, dia terdengar bunyi orang bukak pintu depan. mengerling ke arah jam, sudah maghrib. sangkanya adik adiknya (salah seorang dari mereka adalah bapak aku sendiri) baru pulang dari bermain bola. 


so, mak cik aku pun buat bodoh je lah sambil menunggu adik adiknya tu masuk ke bilik, kerana mereka akan melintas depan pintu bilik mak cik aku ni untuk mereka masuk ke bilik masing masing. tunggu punya tunggu, batang hidung pun takda.

ish. "mana pegi budak budak ni?" mak cik aku da cuak. tiba tiba dia dengar ada bunyi tapak kaki menaiki anak tangga depan. niat di hati nak menyergah "adik adiknya" tu, so dia pun tunggu lah sampai diorang tiba depan pintu bilik dia. sampai je betul betul depan pintu bilik mak cik aku ni, bunyi tapak kaki tadi tu stop. stop betul betul depan pintu bilik. tapi yang hairannya, mak cik aku kata, tak ada sesapa pun kat situ. tengah mak cik aku cuak cuak itik tu, bunyi tapak kaki tadi, bersambung balik melewati pintu biliknya. korang dapat imagine tak? seolah olah ada "orang ghaib" berjalan, lalu berhenti di depan pintu bilik mak cik aku, sebelum "orang tu" sambung jalan balik along the pathway menuju ke dapur. 


aku tak tau lah macam mana ngan korang, tapi kalau aku, aku tak tau nak buat apa, sebab nak keluar, benda tu kat pintu, nak ikut tingkap, mana muat sebab ada besi besi. ppfftt. terpulanglah korang nak pecaya ke tak, nasihat aku, hati hati lah bila sorang sorang kat rumah. aku pun sendiri pernah kena kacau kat rumah nenek aku ni. nanti aku cerita experience aku pulak di lain entry.


ps : di bawah ni aku ada sertakan sketch pelan rumah supaya senang korang nak menyenggama minda mengimagine tempat tempat yang aku sebut tadi. comel bukan? kihkih.




No comments:

Post a Comment

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta