>

Tuesday, September 18, 2012

4 hari terkurung dalam peti sejuk tapi masih hidup!

Oklahoma - seorang wanita ditemui masih hidup walaupun selepas terperangkap dalam sebuah peti sejuk yang besar selepas empat hari.

theresa christian, 59, sebelum itu dilaporkan hilang oleh anaknya pada Sabtu, namun dia ditemui anaknya pada hari Khamis. bayangkan?


namun tiada tanda tanda perbuatan khianat dapat dikesan. jiran-jiran juga percaya yang theresa bersembunyi di dalam peti sejuk itu kerana cuba untuk bersembunyi dari puting beliung yang bakal melanda rumahnya.


menurut pihak polis, theresa ditemui oleh anaknya selepas anaknya memecah masuk ke apartmen milik theresa itu. selepas mendapati barangan ibunya termasuklah dompet, masih ada, sementara televisyen pula dibiarkan terpasang, anaknya percaya bahawa ibunya, theresa, masih berada di dalam rumah tersebut. selepas mencari sekitar rumah, dia mendengar bunyi suara mengerang dari dalam peti sejuk dan mendapati ibunya terkurung di dalam.


menurut stesen televisyen NEWS ON 6, theresa kini dirawat kerana sebahagian daripada kakinya telah membeku. ajaibnya, biarpun theresa ditemui dalam keadaan sejuk, kelaparan dan dehidrasi namun dia selamat. 



ajal tak sampai lagi, ye dak?

No comments:

Post a Comment

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta