>

Thursday, August 23, 2012

hantu karaoke


manusia mana yang tak pernah menyanyi? kalau dulu karaoke merupakan satu tempat hiburan bagi mereka mereka yang punya uang yang lebih. tapi sekarang, semenjak zaman karaoke jamban satu lagu singgit ni dah tumbuh macam cendawan, jangankan remaja, budak kecik pun dah pandai berkaraoke.

seperti yang kita maklum, karaoke ni tempat orang melalak. kadang sambil sambil minum kencing shaiton, mabok mabok, pelok pelok, maklumlah tempat gelap kan. kihkih. tapi aku tak maksudkan semua orang yang pegi karaoke macam tu, cuma segelintir sahaja. berhibur bukan tak boleh, tapi kenalah berpada. aku ni pun kaki karaoke jugak. 

nak dijadikan cerita, kawan aku pernah cerita kat aku yang dia kena sakat dekat lif karaoke Ampang. haa. sapa yang salu pegi sini? aku pernah lah jugak 2,3 kali. aku tak suka sangat tempat tu sebab sunyi. aku salu layan karok kalau tak kat alamanda, kat times square atau red box pavi. sebab tempat tempat ni ramai orang. so kalau ada pape, boleh mintak tolong. karoake ampang tu cam sunyi je surrounding dia. apa lagi kalau dah naik waktu tengah malam. ingat tak entry aku pasal hantu lif hari tu? haa. cite lebih kurang lah. tapi takpa, aku cite jugak k?

KES 1 

ada satu malam tu, kawan aku ni nak celeb birthday kawan diorang kat karaoke ampang ni. lebih kurang jam 1 pagi, lepas diorang dah settle melalak dan menyeleberet birthday kawan diornag tu, diorang pun nak turun lah, nak balik. karaoke tu terletak di aras 4 *dan kalau tak silap if aras 4 full, guest akan di bawa naik ke aras 5* so diorang ni sekarang kat aras 4 lah nak turun ke basement. memandangkan kawan aku ni tengah demam, so diorang balik agak awal pada malam tu. masa nak turun ke basement, diorang berpecah, kawan aku dan 4 orang lagi geng dia yang lain menunggu lift untuk ke basement, manakala geng geng dia yang lain berkeras untuk turun ikut jalan lain. kenapa? aku pun tak pasti. so kawan aku dan geng geng dia ni tunggu lah lift. ada jugak 2,3 orang lelaki tengah menunggu lift yang sama. *kawan aku dan geng geng dia ni pompuan* 

tunggu punya tunggu, pintu lift terbukak. diorang semua masuk. tekan butang nak ke basement. time ni kawan aku berdiri dalam lift kat tepi butang lift tu. memang perangai dia sampai ke hari ni macam tu. suka sangat tak paham aku. dia time tu memang tengah demam. tak tau kenapa malam tu lift bergerak bapak slow sangat. dari tingkat 4 nak ke basement  pun macam takes forever. tiba tiba, bila lift turun kat tingkat 2, pintu lift terus je terbukak. bila terbukak tu, kat luar gelap gila kawan aku ni kata. macam mata kena tutup. cuba bayangkan apa perasaan dia yang tengah demam, berdiri pulak tepi button lift tengok luar yang gelap tak nampak apa. jahanam kan perasaan iteww? i know.

salah sorang lelaki yang turut berada dalam lift, cuba untuk tutup pintu. dia tekan button close tu. tapi, tiba tiba alarm OVERLOAD tu nyala. TETT!! TETT!! tak ke terkejut semua orang? bukan ada sesapa masuk pun? tapi kawan aku ni kata, dia rasa macam ada "someone" masuk. dia kan berdiri dekat ngan pintu. bagi korang yang tak tau, bila kita sakit atau tak sihat, badan kita akan menjadi lemah dan ini memudahkan mahkluk halus untuk mendamping kita. itu pun kalau kita tak kuat lah. dan time time macam ni selalunya pancaindera kita lebih "sensitif". okay, sambung balik cite tadi, dah puas tekan button close, pintu lift tak jugak tutup makin bising bunyik alarm tu ade lah. nak tak nak, abang tadi melangkah keluar di level gelap tu, dengan harapan lift boleh tutup. tapi malangnya tak. alarm masih berbunyik. nak tak nak sorang geng kawan aku ni ikut abang tadi tu keluar. dia perempuan, tapi satu tindakan yang agak berani jugak lah kalau difikir fikir. melangkah je geng kawan aku ni dari lift, pintu terus tertutup. maka tinggal lah mereka berdua di level yang gelap tu. tak tunggu lama, mereka berdua cepat cepat mencari exit keluar dari level tu untuk ke basement dengan hanya bercahayakan lampu handphone.

i wonder, adakah "benda" yang masuk itu, mungkinkah beratnya bersamaan dengan "dua orang"? ataukah memang ada "dua benda" yang menumpang lift yang kawan aku ni naik malam tu? wallahualam.

KES 2

ni pulak cite pasal minah minah yang gile karaoke. hampir tiap minggu ada je lah muka diorang datang situ. dan lazimnya memang diorang akan pergi bertiga je. BFF lah katekan.

so satu malam ni, as usual diorang melalak lah sampai 2,3 pagi. dah puas melalak, diorang pun pegi kaunter nak bayar. masa nak bayar tu, cashier pun hand in lah receipt kat diorang ni. tak puas hati dengan harga yang tertera, si minah ni pun terus sound lah.

minah : ha?? asal mahal sangat ni?? selalu takde lah sampai camni?!
cashier : ye, cik. memang lah mahal sikit. sebab selalu cik datang bertiga je.
minah : eh, you jangan nak overcharged i eh! i biasa tau datang sini!
cashier : ye, cik. saya tau. saya cuma jalankan tugas je. betullah kiraan tu, untuk 4 orang. kalau cik tak pecaya, cik boleh kira sendiri pakai calculator saya ni.
minah : hah?? 4 orang?? i datang bertiga je lah! mana pulak datang lagi sorang?
cashier : cik datang berempat lah cik. tadi masa cik mula mula masuk lagi saya memang perasan kali ni cik datang bawak kawan lain.

cashier tu tak nak cakap banyak, dia dan beberapa lagi staff di situ tunjuk rakaman cctv kat minah tu dan rakan rakan seperjuangannya yang lagi dua tu. ya. dalam footages tu, memang mereka berempat. dan yang sorang lagi tu, juga seorang wanita, berambut panjang dan hanya jalan sambil menundukkan kepala di belakang sekali mengikuti langkah mereka bertiga memasuki bilik karaoke.


No comments:

Post a Comment

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta