>

Wednesday, August 22, 2012

hantu hotel


hotel? berhantu? dah sinonim sangat ye dak? hihi. ni aku ada beberapa lagi cerita pasal hantu hotel. pengalaman aku sendiri lebih kurang 15 tahun lepas dan ada jugak yang baru je beberapa tahun lepas.

KES 1


nak kata family aku ni kaya raya macam taiko jual susu tepung *if you know what i mean* tu takdelah. tapi dulu, memang jadi satu family routine untuk kitorang tido hotel setiap hujung minggu. ye. SETIAP. selalunya petang jumaat, lepas saja bapak aku pulang dari kerja, dia balik ke rumah, rest kejap pastu kitorang pun mula lah ekspidisi mencari hotel. kadang bapak aku dah booked bilik awal awal. kadang saja main gamble. ada bilik ke takda tu belakang cerita. tapi memang selalunya nasib untuk kitorang membuang duit tu selalu ada lah. lokasi bapak aku bawak makan angin ni selalu berubah rubah. kadang kena bebel lah jugak dengan nenek sebab perjalanan dari rumah 2jam pun nak tido hotel. kihkih.


so, ada satu hari tu, bapak aku bawak kitorang duk hotel tepi pantai. tayah mention lah kot kan hotel apa? kang tak pasal pasal takda orang nak pi situ. tapi apa yang aku boleh bagitau, hotel tu kat Sabah. ekeke. macam biasa, kitorang check in jumaat malam, check out selalunya ahad. selalu jugak dengar orang dok cerita pasal hantu kat hotel tu. tapi masa tu kecik lagi, mana lah nak layan sangat. takut lah katakan. bagi aku, selagi dia tak kacau aku, pun dah cukup bagus dah. tapi, memang betul lah kan, malang tu tak bebau. dalam kitorang ramai ramai, aku jugak yang kena kacau. harkktuiihh punya hantu!


nak dijadikan cerita, malam first kitorang tido sana, dah start dah aku rasa tak sedap. masuk je bilik tu, tengkuk rasa tak best. "there is something wrong somewhere about this room" bisik hati ku. kahkah. kitorang sampai time tu pun dah lewat. maklumlah kan, nak tunggu bapak aku balik dari keje. so sampai je, letak bag apa semua, pastu kitorang keluar balik, gi dinner kat restaurant hotel tu. makan apa? nasik goreng. alaa korang pun mesti tau kan nasik goreng hotel sedap dia lain macam? :P omnomnom omnomnom omnomnom, kitorang pun balik bilik. aku as usual akan landing sekatil dengan adik pompuan aku. so aku time tu takda mood nak layan tv, parents aku tanya "tak nak tengok HOME ALONE ke?" sambil baring, aku toleh, aku kata "tak. dah hafal storyline." pastu aku baring balik ngadap tingkap. curtain tutuplah. aku bukan hero sangat nak tido selak curtain. kau ni pun!


dengan earphone walkman yang disumbat di lubang telinga, aku pun pasanglah kaset KRU. *haa, jangan tatau, cek ni peminat setia KRU tau since 1996. hahaha.* masa tengah dengar lagu tu, tak sampai separuh lagu, aku toleh balik tengok family aku, oh diorang masih tengok tv lagi. so aku toleh balik hadap tingkap dengan badan aku membelakang family. tak sampai 3 minit maka habislah satu lagu KRU aku dengar. pastu aku toleh belakang nak check it out kalau kalau diorang dah tido ke belom? uihh terperanjat gila aku!! bukan hantu, tapi diorang semua dah tido siap tutup tv bagai. cepatnya?? hmm. aku abaikan. aku pandang balik ke tingkap. 


then, tangan gatal nak dengar radio pulak. sambil scroll scroll cari station, aku dengar ada bunyi orang flush jamban. aku toleh pandang toilet. aku pandang katil sebelah, aku kira. semua orang ada. siapa pulak kat toilet? aku dah start seram sejuk dah. aku buat tak tau. aku pandang balik ke tingkap. last last, aku tuned ke satu station radio ni, diorang tengah pasang ayat ayat suci AlQuran. aku pun tutup lah mata sambil dengar. sejuk hati. tiba tiba, aku rasa macam ada orang pijak hujung tilam katil tempat aku baring. kan kita boleh rasa macam tilam tu tenggelam kalau dipijak atau diduduk orang? dalam hati aku, adik aku kot. so aku ignore. lama kelamaan. rasa tenggelam tu sampai betul betul kat belakang aku dari arah kaki. dan..


satu suara garau lelaki aku dengar melalui earphone yang tersumbat dalam lubang telinga! nak tau dia kata apa??


"KENAPA KAU DENGAR BENDA NI?! AKU TAK SUKA!! KAU MATIKAN SEKARANG!!"


dan bukan itu saja, dalam masa yang sama aku terasa badan aku dicubit. dicubit dibahagian depan. dan apa yang lebih menghairankan aku, dibahagian depan aku cuma dinding dan tingkap. sumpah. aku tak tipu. cerita ni satu family aku dah tau.



KES 2

this happens tahun 2009. first sem aku di LimKokWing. hujung tahun tu kitorang ada Global Classroom ke Bali. so batch september akan digabung dengan batch july. everything goes well, semua orang baik baik and hensem hensem lawa lawa. eh? :P


sampai je kat Denpasar Airport, ketibaan kami disambut dengan pertunjukkan Barongan lah hape bende lah aku tak minat betul patung patung camtu. hahah. pastu dikalungkan pulak dengan bunga ape tah kat leher. rasa macam kat Hawaii. kitorang naik bas besar gi hotel dekat area Kuta Beach. i heard nothing bout this one hotel though. tapi sampai je di sana, ada satu benda yang memusykilkan aku. di hadapan pintu masuk bilik hotel kami *aku,dianne dan pharha* ada satu kertas yang kelihatan agak usang kuning kekuningan dengan ayat ayat yang ku kira mantera dalam bahasa Bali, dilekatkan diatas pintu masuk bilik kami. tak nak buat kesimpulan sendiri, aku jalan pegi bilik kawan lain, usha pintu diorang pulak. kot kot ada jugak. tapi takde. ternyata cuma pintu bilik kitorang je ada benda tu. esoknya, aku tanya staff hotel tu,



aku : emangnya ini untuk apa ya? maksud tulisannya apa? 

*sambil aku tunjuk ayat ayat atas pintu* serba salah, staff lelaki itu pun menjawab, 

staff : oh itu neng ga kenapa kenapa, cuman sebagai pendinding untuk menjaga kamar ini. 
aku : jaga kamar? jaga dari apa maksudnya? 
staff : dari apa apa yang jahat. 
aku : emang ada? terus, kenapa di kamar lainnya ga ada tulisan segitu? 
staff : karna, cuman di sini pintu keluar masuk untuk 'mereka'.


diam. okay. aku dah dapat jawapan. malas nak tanya lebih lebih. alhamdulillah takda apa jadi sepanjang seminggu kami di sana. setakat bunyi orang flush jamban, air terbuka tu adalah. oh by the way, bilik kami di bahagian belakang bangunan, hujung sekali, berdepan dengan swimming pool, sebelah tandas untuk swimmers tukar baju and shower. cun? i guess so.


KES 3


haa yang ni terjadi di kuching, sarawak masa Global Classroom tahun 2010 kalau tak silap. aku sebilik dengan kawan baik aku dari Uganda, nama dia Nakyanzi Biko Fiona. ambek kau. satu bilik memang berdua je. nama hotel, tak payah lah sebut. sebelum sampai hotel, aku ada dengar jugak ada mulut mulut soksek soksek kata hotel yang bakal kitorang duduk ni keras. malas nak ambik port, aku buat bodoh je. aku suka sebilik dengan Biko sebab orang luar macam diorang ni mana lah kisah nak mengumpat ke apa. rilek je.


malam first kami kat sana, takda apa jadi. cuma kecoh lah bilik bilik lain kata diorang kena kacau bagai. diorang tanya kitorang tak kena kacau ke? aku dengan biko cakap lah, tak. padahal kitorang buat assignment sampai lewat malam. sangat considerate para hantu tersebut. but not for long though.


malam kedua kitorang kat sana, lepas je dari dinner and karok dengan lecturers, kitorang balik bilik hotel. masing masing penat pastu terlelap. masa tengah syok  tidur tu, aku dikejutkan dengan suara perempuan. suara macam marah je. pernah dengar anjing bunyik macam nak serang orang? haa, lebih kurang lah. lepas je dengar suara dia macam tu, pintu bilik tandas terbukak pastu BAMMM!! slammed. anjat boboy! aku try kejut Biko tapi minah ni tidur mati lah pulak. satu hal pulak kalau dia pun takut. so aku berniat untuk terus selubung satu badan dan tidur sampai pagi!


aku rasa hantu tu marah sebab ada diantara kitorang malam tu balik dalam keadaan mabuk dan berbau arak. pagi tu, ada yang kecoh bercerita diorang kena ganggu. ada yang pintu kena bukak tutup, lampu on off, ada jugak yang demam.


satu je lah pesan aku, datang tempat orang, lagi lagi tempat baru, mulut kena jaga. tak pasal pasal dengan aku sekali kena. mekaseh lah ye. jasa korang akan ku kenang.





No comments:

Post a Comment

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta