>

Thursday, November 1, 2012

we love Ustaz Azhar Idrus!


siapa yang tak kenal UAI memang noob. tinggal dalam batu ke pe? ehehe. this man, right here, is supermultitalented. dikenali bukan saja kerana bijak menasihat sesama umat islam dengan cara pendekatan yang sangat sempoi, ceramah dan kuliahnya sentiasa penuh dengan para jemaah yang hadir. alhamdulillah. 

tetapi, tahukah anda bahawa UAI suatu ketika dahulu merupakan seorang gitaris dan mempunyai band di Kuala Terengganu? hehehe. sewaktu bandnya nak masuk studio, rakam album, UAI menarik diri kerana tujuan asalnya hanya untuk bersuka suka. no wonder lah si Zizang beriya nak main gitar ngan UAI ye dak? hahaha.

pada awal tahun 80an pulak, UAI yang aktif berbasikal ini pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal. dan sudah menjadi rutin untuk UAI berbasikal meronda bandar bersama rakan rakannya. 

jangan tau tau ye, UAI jugak pernah bekerja sebagai artis grafik tau. haa. jangan memain! beliau pernah bekerja sebagai artis grafik bersama Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu. patutlah photo photo yang UAI ambik cantik cantik. terra Photoshop and photography rupanya. tetapi beliau meletak jawatan seminggu selepas beliau bernikah iaitu pada tahun 1990. lepas tu UAI start kerja mencanting batik. haa, time ni lah beliau belajar pasal agama. :)

dengarnya, UAI terbukak hati nak berubah ke arah yang lebih baik, selepas melihat perubahan kawannya yang satu ketika dulunya seorang PUNKERS, menghilang after 5 years, pastu bila jumpa balik, dah berubah habis. alhamdulillah. seronok memlihat kawan kawan yang berubah ke arah positif ni kan?

honestly, aku sangat suka cara UAI menjawab soalan dan menegur orang. dia tidak pernah meletakkan dirinya di baris atas. dan tidak pula pernah memandang rendah pada orang lain. dan aku rasa, disebabkan sense of humor yang sangat kuat dalam dirinya, UAI kini menjadi penulis tamu di majalah komik kegemaran aku, APO? hehe. syukee shangaittss! meh kita tengok antara soal jawab bersama UAI yang menjadi fave aku.

soalan : dinosaur wujud tak? sebab dalam Quran takde ciite pasal dinosaur pun kan?
UAI : oleh kerana tulang tulangnya ada, sudah tentu binatangnya ada. tak semestinya kena sebut dalam Quran baru kena ada. negeri teganung tak sebut pun dalam Quran. :)

soalan : apakah hukum membuat "LOVE BITES" lalu menunjuk pada khalayak ramai? sah ke solat?
UAI : sah solat. menunjuk nunjuk perkara tersebut menjatuhkan maruah.

soalan : boleh ke suami melayu, isteri cina, nak hantar anak sekolah tamil, untuk kuasai 3 bahasa? senang bila
          dah besar nanti boleh jadi pendakwah.
UAI : hantar anak sekolah agama kalau nak jadi pendakwah, bukan sekolah tamil.

soalan : betul ke kalau kita bagi binatang makan, ia akan mendoakan kita?
UAI : malaikat mendoakan sesiapa saja yang memberi makan kepada makhluk lain, binatang mahupun manusia.

kalau nak baca soal jawab dengan UAI yang lain boleh LIKE fanpage UAI : Ustaz.Azhar.Idrus.Original


2 comments:

  1. 10 out of 10 I will give you..
    seronok baca entry nie..

    http://nurainishahroni.blogspot.com/

    ReplyDelete

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta