>

Tuesday, November 20, 2012

pahala memberi makan pada haiwan

stock makanan punatpano dah habis. kesian sampai tunggang langgang bekas makanan tu diorang kerjakan. i went into the kitchen, grab the last piece of bread, cubit kecik kecik suap kat mulut diorang. gilir gilir, sampailah roti  tu habis. comel je suap bunnies. sedangkan aku sendiri tak makan lagi. takpe. aku bila bila masa boleh makan. diorang mana pandai mintak makan kalau lapar. ehhhhh, siapa kata? punat tu pandai terbalikkan bowl and bottle dia, mintak di topup tau? haaaaa. jangan memain uolls. bijak lakabimbim hokay?

bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sangat cintakan haiwan. pernah satu ketika dulu, sewaktu aku masih kecil, seekor anak anjing menumpang teduh di laman rumah dengan dilehernya terikat satu bandana. anak anjing itu kelihatan sakit dan tidak berdaya untuk pergi, sekalipun telah cuba dihalau keluar oleh arwah atuk. merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, arwah atuk menghampiri anak anjing tersebut dengan niat untuk memastikan yang ianya sihat dan tidak apa apa.

masa arwah atuk tanggalkan bandana dari leher si anak anjing, kelihatan ada satu luka di situ. arwah atuk kata anak anjing itu di racun orang. arwah atuk buh lah minyak gamat kat luka tu. setiap hari sampailah luka si anak anjing tu kering dan sembuh. dalam masa yang sama, arwah atuk bagi makan pada si anak anjing. kiranya arwah jaga lah.

setelah luka si anak anjing tu sembuh, arwah atuk cuba membawanya keluar dari kawasan rumah. tapi, si anak anjing tetap juga mengikutnya pulang. beberapa kali arwah atuk try nak tinggalkan anak anjing tu, ia tetap pulang ke rumah. seakan si anak anjing terhutang budi dan ingin terus tinggal di situ. akhirnya arwah atuk membiarkan saja si anak anjing terus tinggal di rumah, agar dapat anak anjing itu menolongnya menjaga rumah. dan arwah memberinya makan tiap hari sehinggalah anak anjing itu besar. pada 2004, arwah atuk pergi meninggalkan kami semua. tidak lama kemudian, anak anjing itu juga mati. sebelum mati, anak anjing itu seringkali dilihat tidak berselera ketika di hulur makanan. mungkinkah si anak anjing rindukan arwah atuk yang selalu menjaga makan minumnya? wallahualam. sad but true.

Islam ini agama yang sempurna. segala aspek kehidupan manusia telah diatur rapi. menyayangi haiwan pula adalah sebahagian dari ajaran agama kita. antara adab terhadap haiwan adalah memberi ia makan dan minum. ianya termasuk dalam amal soleh dan mendapat pahala. maka dengan itu, janganlah kita sesekali menyeksa haiwan. andai kata kita allergic atau takut kepada kucing misalnya, cukup dengan menolaknya lembut. tidak perlu berkasar dengan menendang atau menyakiti. tidak ingatkah kita, bahawa kucing itu haiwan kesayangan Rasulullah SAW? 

renung renungkan lah eh? :)






2 comments:

  1. Nice sharing dear :) Alia pun suka haiwan especially kucing ^_^

    ReplyDelete

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta