>

Tuesday, September 25, 2012

tempat paling seram di malaysia

mungkin ada di antara kita yang tertanya tanya, tempat apakah yang paling seram di malaysia? kalau nak di list down kan, memang sampai sudah pun tak habis. sebab tempat mana pun, kisah seramnya pasti ada. tapi ramai yang bersetuju mengatakan bahawa tempat terseram di malaysia adalah di HIGHLAND TOWER

terletak di ulu klang, selangor, highland tower pernah meragut banyak nyawa pada awal tahun 90an dulu, di mana salah satu daripada tiga buah blok di situ, roboh. dan kini, masih kelihatan tersergam dua buah blok yang dibiarkan tidak berpenghuni. khabarnya nak dirobohkan, tapi entah lah. sampai ke hari ni takda apa pun jadi.


di highland tower ni sebenarnya terdapat 3 blok kondominium, setiap satunya setinggi 12 tingkat. blok 1 telah runtuh dan yang tinggal sekarang ni hanya blok 2 dan 3 sahaja. blok 1 runtuh pada 11 Disember 1993 dan seramai 48 orang terkorban. ada sesiapa yang berminat nak rasa serem serem? bolehlah menghadirkan diri anda disini ye.




sewaktu aku masih berulang alik ke wangsa maju atas urusan kerja, aku selalu terpandangkan  blok blok terbiar itu dari highway. nak kata seram memang seram. apatah lagi pada waktu malam.


umum tahu bahawa highland towers pada satu waktu dulu merupakan kediaman mewah milik orang orang kaya. mungkinkah faktor robohnya highland towers kerana menjadi sarang maksiat untuk si polan dan si polan? wallahualam. tapi yang pasti, robohnya highland tower kerana gelinciran tanah. harapnya tragedi seperti ini boleh membuka mata banyak pihak untuk tidak sesuka hati meluluskan apa apa projek yang boleh meragut banyak nyawa.


dikhabarkan hanya segelintir sahaja mayat yang dijumpai dan selebihnya masih tertimbus dibawah runtuhan.


pernah satu ketika, aku di ajak oleh teman teman sekelas ku untuk ke highland tower. kononnya depa nak jadi seekers lah. hahaha. ingatkan memain, rupanya betul diorang pi and buat documentary untuk assignment final semester kitorang. perghh. hairan betul aku orang orang yang berani tak bertempat macam ni. teringin sangat nak jumpa hantu gamaknya.



ada tak agak agak produksi filem yang berani buat filem seram kat situ?


nak panggil aku buat skripnya pun boleh. hihihi.

4 comments:

  1. huuu tmpt ni mmg seram..kawan aku last sem buat photoshoot kat sini utk fnal project photo, tgh2 shoot, ade mcm pakcik dtg ckp jgn lama2 kat sini, bhaya...klw aku, mmg aku xnk dtg sini dowh...naseb project dia tu dpt A, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe. kawan kawan sekelas aku tu pegi sana untuk final sem nye project lah. gile betul. dah lah video diorang letak effect seram. siut je. ahhahaha.

      Delete
  2. huntung la dpt A. at least berbaloi gi tmpt2 gitu.

    ReplyDelete

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta