>

Friday, August 24, 2012

rumah atas bukit



bercakap pasal hantu ni. aku teringat satu kes masa aku balik Sabah hari tu. dah lama dah. dalam dua tahun lepas kot kalau tak silap aku. masa tu aku ikut family aku hantar gf adik aku. aku ni kan jarang balik Sabah. so sesekali menyebok pegi rumah bakal adik ipar apa lah salahnya, kan? hihik.

masa tu rumah kitorang kat Delta Heights. mesti orang semenanjung tak tau kat mana kan? abaikan. haha. so, before kitorang hantar dia balik tu, kitorang singgah kedai. bapak aku nak beli barang rumah sikit. masa tu kitorang pakai kereta Hilux. so i assumed some of you can imagine how the hell it looks like. yang bahagian belakang takda bumbung tu. so, barang barang yang bapak aku beli, dia letak kat belakang. sebab kat belakang tu memang khas untuk letak barang. tapi kadang kadang aku dengan adik adik aku, kalau datang feel nak bervideo clip, kitorang duk belakang, angin tetiup rambut giteeww nok. tapi malam tu tak lah. gile kau malam jumaat nak duk belakang tu. dah lah rumah gf adik aku ni nak naik turun bukit. tak ke naya kalau kitorang tercicir tengah jalan? :P


so back to our story, dalam kereta, bapak aku drive, mak aku duk depan, aku, adik laki aku, gf dia, adik pompuan aku and adik aku yang kecik duk belakang. kitorang kekecik je semua. so takde lah rope tin sardin. masa on the way nak ke rumah gf adik aku ni, keadaan kiri kanan memang sepi gila. siapa orang Sabah, mesti tau area Bukit Padang yang nak menuju ke Taman Khidmat tu macam mana seram dia, kan? huhu. bapak aku dah pernah hantar budak ni beberapa kali, so dia dah hafal jalan. aku ni yang first time ikut. so excited gak lah. aku memang suka jalan jejauh ni. lagi lagi kalau ramai. shiok oh!


untuk pengetahuan korang, rumah dia ni jauh ke dalam. memang sunyi. tanah sendiri lah katakan. lampu jalan pun takda. ada pun sebijik sebijik boleh kira dengan jari. memula takde lah apa sangat pun. tapiiiiiiiiii..... haa, sampai satu selekoh tu, pintu sebelah adik pompuan aku *dia duk belakang driver seat, aku duk sebelah dia, boleh imagine?* bergoncang seolah ada orang nak try bukak dari luar. logic tak logic, kereta tengah bergerak derr. adik aku dah panic dah, terjerit jerit dia ketakutan. ngam pulak time tu dia period. hambek kau.




ADEK : TOLONG!! PINTU NI NAK TERBUKAK!!
BABA : PEGANG KUAT KUAT!!
*aku try tolong adik aku tarik pintu tu dari dalam*
AKU : TAK BOLEH, BA!! NAK TERBUKAK DAH NI!!
BABA : KAU BUKAK PINTU TU, KAU TUTUP BALIK!! CEPAT!!


what the hell?? ada ke patut bapak aku suruh aku bukak pintu yang sememangnya tengah di tarik tarik oleh apa benda aku pun tak tau tu. aku yang dah start panic tengok adik aku menjerit jerit, bapak aku yang dah bising bising, aku kuatkan hati, aku pegang adik aku tu, aku bukak pintu, aku hempas kuat kuat. senyap. dah tak ada goncangan dah. dan untuk pengetahuan korang, masa aku bukak pintu tu, bapak aku berhentikan kereta tengah jalan. jalan tu sunyi so tak ganggu laluan kenderaan lain. masa aku hempas pintu tu, aku sempat tengok luar melalui tingkap belah adik aku tu. amboi bapak aku ni, berhenti ngam ngam bawah bukit. atas bukit tu ada rumah putih. besar. aku nampak. adik aku pun nampak.

ingatkan dah settle dah. tiba tiba adik aku yang kecik sorang ni, yang sedari tadi diam je, bediri menghadap cermin belakang. tah bila masa dia berdiri kat situ pun aku tak sedar. nak tau apa dia cakap?


YAYA : eiiiii ada kakak lahhhhh!


semua dalam kereta terus pandang belakang. tak ada apa pun. tapi adik aku yang kecik ni masih beriya iya kata ada orang kat belakang kereta, tempat bapak aku simpan barang tu. perempuan. tak kan budak kecik nak tipu kan? adik lelaki aku terus tarik adik aku yang kecik tu and pangku kat riba. gf dia diam je tak cakap apa.


sampai kat rumah gf adik aku tu, anjing dia menyalak nyalak. alaa, bunyi AWUUUUU tu. *untuk pengetahuan korang, budak ni berbangsa christian sebab tu ada pelihara anjing* lepas je budak tu turun, dia masuk je rumah dia, kitorang terus pecut balik. so logic lah kan, balik tu kena lalu tempat yang sama? tapi masalahnya, sampai kat selekoh tempat bapak aku stop tadi tu, aku try lah usha balik rumah atas bukit tu. rumah tu takda. aku tanya adik pompuan aku tu, tadi ada kan rumah kat sini? kau pun nampak kan? adik aku tu kata aah, dia pun nampak tadi. tetiba adik lelaki aku tu mencelah ;



COCO : mana ada rumah atas bukit tu. tu kubur lah! kubur christian!


aku pandang adik perempuan aku, dia pandang aku balik. berbalas pandang giteeww. takut lettew. alhamdulillah sepanjang perjalanan balik, takda apa lagi yang jadi. kitorang pun selamat sampai kat rumah. tapi, adalah mulut mulut gatal ni tanya adik aku yang kecik tu, apa dia nampak sebenarnya tadi? adik aku tu pun jawablah "KAKAK". alah. biasa lah budak budak, semua perempuan di panggil kakak. kitorang tanya lagi, kakak tu buat apa? adik aku jawab "DIA DUDUK" duduk? kat belakang tu? tempat bapak aku letak barang yang dia beli? buat apa? so sekali lagi kitorang nak pastikan lah hal ni kan, sampai rumah, baru kitorang tau bapak aku beli DAGING MENTAH. hmm. patutlah pun dia nak. sampai goncang goncang pintu lagi. haha.


esoknya, gf adik aku call, dia kata, malam yang kitorang hantar dia balik tu, ada perempuan meninggal area rumah dia. mungkinkah itu DIA? hmm.

No comments:

Post a Comment

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta