>

Friday, November 16, 2012

Amber Court Genting berhantu?



tak payah pikir panjang. tengok gambar waktu siang pun boleh terkincit dalam seluar. dikatakan Amber Court yang terletak di Genting ni merupakan  satu satunya tempat penginapan yang menyediakan kadar sewa termurah di sekitar Genting Highland. ye ke? anyone?

difahamkan jugak Amber Court sering dijadikan lokasi favorite untuk membunuh diri dengan cara terjun dari bangunan and guess who? pemain pemain judi yang dah kalah lerr. hadoi. dah lah kalah, bodoh, jadi hantu pulak tu. sangat sesia ye hidup mereka. 

yang peliknya ramai pengunjung je yang kena kacau, even orang yang menginap kat First World Hotel yang menghadap ke Amber Court pun selalu kena kacau. penghuni tetapnya takde pulak complain pape. mungkin sebab orang baru, kawasan baru kot. bagi aku tu semua normal lah. mana mana tempat pun sama je. toksah cakap Amber Court, Amber Chia pun sama kot. kihkih. Amber Court terletak agak bawah sedikit dari kawasan taman tema (okay, ayat pening.) ramai pengunjung yang bermalam di sana mengalami kejadian seram yang rata ratanya diganggu oleh suara perempuan menangis, mengilai dan meminta tolong. antara gangguan lainnya adalah :

- TV terpadam dan terbuka sendiri 
  (selalunya pada channel yang tiada siaran)

- bunyik orang yang bertukang tetengah malam
  (ni kat apartment aku pun ade)

- suara pompuan mengilai

- suara budak menangis

- suara pompuan panggil nama penghuni
  (kalau kau yang dok situ, nama kau lah)

- bunyi pintu kena ketuk

- bunyi tapak kasut kat luar apartment

- terasa ada yang memerhati

dan difahamkan jugak, terdapat sebuah bilik yang dah dipalang pintunya dengan kayu. huiihh. apa sebab eh? 


ce bayangkan unit yang korang sewa tu bersebelahan dengan unit ni. seram dak? seram dak? haa. aku no komen lah. sebab tengok gambar pun dah macam suam suam kambing je aku rasa. huhuhu.

4 comments:

  1. Replies
    1. bahahahha ingat ni blog serius ke pe nak first first :P

      Delete
  2. Seram... tp teringin nak pergi tempat macam tue ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh. minat paranormal activity ke? huhu.

      Delete

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta