>

Sunday, September 9, 2012

HANTU TANDAS SEKOLAH


tandas. selalu di kaitkan dengan unsur unsur negatif / paranormal. apatah lagi tandas tandas di sekolah / asrama / mall dan tempat tempat yang mana siang hari di penuhi orang tapi lengang di malam hari. ini ada lagi satu kisah seram pengalaman aku sendiri sewaktu aku form 5. lebih kurang 8 tahun lepas.

pagi tu, aku dan kawan kawan sekelas diberitahu yang kelas tambahan untuk mata pelajaran agama islam akan dijalankan selepas waktu sekolah. maklumlah SPM kan dah nak dekat. ustazah takut lettew kitorang fail. uhuhu. so lepas je loceng tamat waktu persekolahan berbunyik, aku dan geng geng aku terus pegi lunch kat kedai belakang bangunan sekolah. aku masih ingat lagi, ada satu cafe kecik kat area rumah pangsa belakang sekolah tu. soto ayam dia memang terboekk. so lepas makan makan, cecuci mata, kitorang pun masuk lah balik kawasan sekolah.


petang tu langit gelap gila sebab mendung. macam nak hujan lebat. jam 3pm, kelas agama pun start dan seperti yang dijangka, hujan lebat turun bagai nak gila. selalunya kelas tambahan akan mengambil masa sampai jam 6pm. ikut waktu kelas sesi petang tamat. cuaca sejuk buatkan pundi kencing aku bergerak aktif. haihh, malas betul nak pi tandas. dah lah sejuk, gelap. dapat tido kan best. tahan punya tahan, aku dah tak tahan. aku ajak kawan aku pegi tandas. dia pun on je sebab memang cuaca time tu sejuk sangat dan boleh buat kita cepat je rasa nak terkencing. jarak antara tandas dengan kelas kitorang takdelah jauh mana pun. sebab time tu kitorang guna kelas tingkat bawah, so kiranya jalan dalam 2, 3 minit sampai lah kat tandas hujung blok tu.


untuk pengetahuan korang, tandas untuk form 5 di pisahkan dari tandas tingkatan lain. kitorang disediakan tandas sendiri yang sentiasa berkunci. so, kalau nak masuk tandas, kitorang kena ambil kunci dari auntie yang jaga tandas tu. hari tu pulak tah mana pegi auntie tu aku pun tak tau, terpaksa lah aku bukak laci dia, ambik kunci. sebab memang di situlah kunci tandas form 5 selalu disimpan.


lepas aku bukak pintu tandas, aku masuk dalam sambil mencapai suis nak bukak lampu. sebab lampu tandas memang off kalau takda orang guna. sambil tangan aku capai suis, aku pandang ke luar, kawan aku masih berdiri depan pintu. dia tu memang penakut. padahal badan jauh lebih besar dari aku. ada ke patut aku yang di suruh masuk dalam tandas gelap tu untuk pasang lampu? puiihh.


bila aku on je suis lampu, maka terang benderang lah tandas tu, tapi aku terkejut sebab kawan aku berlari lari masuk kelas. di tinggalnya aku sorang sorang dalam tandas. poh keh mak betul. memandangkan aku dah tak tahan sangat nak terkencing, aku selamba je lah masuk tandas pintu nombor 1. lepas dah sudah sesi buang membuang, aku cuci tangan, betul betulkan rambut pastu aku tutup suis lampu, kunci balik pintu then jalan balik gi kelas dalam keadaan malas. dalam hati aku memang dok maki kawan aku tu. siut betul tinggalkan aku sorang sorang. memang kena dia jap lagi.


setibanya aku kat kelas, aku tengok kawan aku tadi tu tengah duduk tempat dia dan di kerumuni oleh classmates lain. satu kelas kecoh. bising gila. dalam hati aku, aikk kelas dah habis ke? baru jam 5. mana ustazah? rupa rupanya ustazah pun ada sekali kat situ. aku tanya lah,



aku : uii apa cerita? macam di pasar.
classmate : kau okay??
aku : okay bah kalau kau. tapi aku sakit hati sebab si "A" lari kasi tinggal aku sendiri di toilet.
classmate : si "A" lari sebab dia takut!
aku : takut? takut apa??
si "A" : aku nampak perempuan.
aku : perempuan? memang lah, nama pun sekolah perempuan. mana ada pondan sini.
classmate : eii kau ni! serius bah! dia nampak hantu di toilet! itu pasal dia lari!

aku terdiam. hantu? kat tandas? menurut kawan aku tu, masa lampu terpasang, dia nampak ada perempuan duduk mencangkung atas pintu nombor 1. ye, di ulangi, pintu nombor 1. toilet booth yang aku masuk tu. babi. patutlah aku rasa ada orang perhati aku. hampeh. tandas sekolah aku tu memang banyak cerita spisis camtu. tapi aku tak pernah lah nampak atau ambil pusing. hantu tu kesian kat aku kot. takut aku sakit jantung. ekeke.



2 comments:

  1. igt ke cter lawak,,mmg seram upanya..naseb baek g toilet dulu b4 baca n3 ni..grrrr...

    hehe mst antu 2 sengeh2 sebab leh skodeng..hadeh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi unimeow. ni bukan cite lawak, ni cite betul. hihihi. nak baca cite lain, boleh click label SERAMS kat atas belah kanan tu. sana ada cite lain. :)

      Delete

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta