>

Saturday, August 25, 2012

asrama berhantu


banyak cerita pasal asrama dan keangkerannya yang aku dengar. siapa yang duk asrama/hostel ni, dia tau lah sejauh mana kebenaran semua cerita cerita tu. sepanjang waktu belajar, sewaktu sekolah menengah sampai lah ke university, aku tak pernah bergelar penghuni asrama. cuma pernah menumpang tido beberapa kali di bilik hostel kawan, itupun sebab nak siapkan assignment. kalau korang tau aku study mana, mesti korang dapat tangkap hostel apa yang aku maksudkan. bukan berniat nak takut takutkan sesiapa. sekadar nak share pengalaman aku duduk hostel.

nak di jadikan cerita, satu hari tu aku tumpang tido bilik hostel classmate aku. sebab keja time tu belambak gila. budak ni pulak duk sorang. takda roommate, so selesa sikit aku rasa. so malam tu, aku, tuan punya bilik and dua orang group member kitorang, duduk kat bilik tu buat assignment. malam tu malam jumaat kalau tak silap aku. kat luar pulak hujan. rasa nak tarik selimut je. huhu.

so tengah kitorang duduk buat assignment *ada jugak yang buat hal sendirik. biasak lah kan?* tetiba black out. zupp!! habis gelap satu bilik. mungkin pasal hujan lebat kot. tuan bilik cepat cepat carik torchlight askar dia. kecik je tapi mak aih dia punya power. perghh. satu bilik terang benderang. hostel ni satu building campo lelaki pompuan, cuma lain lain level je lah. kat bawah ada guard jaga. so tengah bergelap tu, tetibe rasa seram sejuk tau. tuan punya bilik pulak pegi pasang lagu kat handphone dia kekuat. apa lagi, aku sound lah. aku kata elok elok benda takda apa, kau buat bising, macam nak bagitau je kau ada kat mana. cecepat dia matikan. time tu keadaan sekeliling memang sunyi and gelap, kat luar cuma ada emergency light yang tak bape nak light sangat. kawan aku sorang ni kata, baik kita panggil bebudak lelaki teman kita kat sini. dia kata masa dia nak ke bilik tadi, dia nampak kawan kawan dia kat balcony depan main guitar. so kitorang semua setuju panggil bebudak tu, sebab kitorang pun kenal jugak. so kawan aku sorang ni bukak lah pintu, panggil kawan kawan lelaki kitorang tu, suh masuk dalam bilik. nasib baik diorang masih ada kat luar tu hah. lepas kena panggil tu, diorang pun masuk lah bilik. at least bila ramai takda lah seram sangat kan?

bila semua budak lelaki tu dah masuk bilik, kawan aku yang si tukang bukak pintu ni masih tercegat kat pintu sambil mengusha usha. tah apa lah yang di tengoknya. kitorang suruh lah dia tutup pintu, lepas dah puas usha, dia tutup pintu. tapi muka macam orang tak puas hati. kitorang tanya lah kenapa? dia kata,

tukang bukak pintu : berani gila doh budak tu duk kat dapo gelap gelap camni.
aku : hah? budak mana?
tukang bukak pintu : tah. aku pun tak perasan muka dia sebab dia tengah tunduk.
bebudak lelaki : kat mana kau nampak doh? tadi masa kitorang on the way gi bilik takde sapa pun lah yang duk kat dapo tu.
tukang bukak pintu : ade lah! tak kan aku nak tipu pulak! aku nampak! betul! budak pompuan, duduk mencangkung kat hallway dekat dapo tu! tak caya meh tengok!

pastu bebudak ni pun pegi lah bukak pintu and usha "budak" yang dimaksudkan. aku tak join. gile kau nak pi tengok. hahaha. tak ada siapa pun kat sana. tapi yang sorang ni beriya iya kata ada. dan masih ada. seram tak seram, orang lain tak nampak, dia sorang je nampak. hish. cecepat diorang tutup balik pintu tu. dekat nak sejam jugak lah baru letrik on balik. dan dalam masa sejam tu, macam macam bunyik kitorang dengar. yang ketawa, yang berjalan kat hallway sambil heret besi. bayar hostel memahal pun, tak boleh nak kalis hantu setan ni semua.



2 comments:

  1. fuhh kalu ninie dah pengsan dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ninie, hahaha tau takpa. nasib baik ramai orang time tu, kalau tak? :P

      Delete

rawr?

copyright ⓒ 2012 - 2013 all right reserved by xieyrocksta